Sejarah Penubuhan IMAIYAM dan Barisan Kepimpinan

Persatuan Penjawat Awam India Putrajaya (Imaiyam) ditubuhkan pada 2012 dengan motif untuk memperkasa kebajikan dan profesionalisme penjawat awam kaum India yang berkhidmat di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan pada ketika itu. Imaiyam berfungsi sebagai platform rasmi untuk menyatukan suara warga kerja India dalam menyalurkan aspirasi, memupuk semangat setiakawan melalui aktiviti sosial dan sukan, serta menganjurkan program pembangunan modal insan bagi meningkatkan kecemerlangan kerjaya. Selain itu, Imaiyam berperanan sebagai jambatan antara komuniti penjawat awam dengan kerajaan dalam menyokong dasar-dasar negara, di samping menjalankan aktiviti khidmat masyarakat yang memberi impak positif kepada golongan yang memerlukan.

Berikut merupakan senarai Pengerusi Imaiyam mengikut tempoh perkhidmatan mereka.

ENCIK KUNAISEKARAN SADAYAN

Pengerusi Pertama & Pengasas IMAIYAM
Memegang jawatan bagi penggal:
2012 – 2014
2014 – 2016

ENCIK BALA SUPRAMANIAN APPLASAMY

Pengerusi Kedua
Memegang jawatan bagi penggal:
2016 – 2018
2018 – 2020

DR. MURALITHARAN PARAMASUA

Pengerusi Ketiga
Memegang jawatan bagi penggal:
2020 – 2022
2022 – 2024

DR. THILAGAVATHY ARAMUGAM

Pengerusi Keempat:
Memegang jawatan bagi penggal:
2024 – 2025

DR. SATHISKUMAR K MUTHUSAMY

Pengerusi Kelima:
Memegang jawatan bagi penggal:
2025 – Kini

Scroll to Top